00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa peruncit petrol supaya menurunkan harga bahan api dengan segera sambil memberi amaran bahawa mereka
00:08bakal berdepan masalah besar sekiranya gagal berbuat demikian.
00:12Trump berkata demikian sesulan kebimbangan pengguna terhadap harga petrol yang makin tinggi walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia menunjukkan
00:21penurunan.
00:25Minggu lalu beliau memaklumkan telah mengarahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyiasat syarikat minyak kerana didakwa gagal menurunkan harga petrol selaras
00:34dengan penyusutan harga minyak mentah.
00:36Trump teruk menduduh syarikat minyak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang terlalu tinggi kepada pengguna.
00:41Harga minyak dunia melonjak tahun ini selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada penghujung Februari yang
00:48kemudian dibalas Tehran menerusi serangan terhadap Israel
00:51serta beberapa negara teluk yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.
00:55Dalam pada itu, kebimbangan terhadap kos bahan api terus menjadi isu utama dalam kalangan pengguna ketika Trump dan parti Republikan
01:02berusaha mempertahankan majoriti tipis mereka di Kongres menjelang pilihan raya separuh penggal pada November.
01:08Terima kasih kerana menonton!
Comments