00:00Seterusnya, seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Sepang atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi palsu berkaitan
00:09pembekalan bahan api dalam media sosial pada April lalu.
00:13Tertuduh Nur Hafizul Badrul Hisham yang berusia 34 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuan
00:21Osman.
00:22Tertuduh didakwa secara sedar melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Facebook menggunakan akaun atas
00:31namanya pada 12 April lalu.
00:33Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233-2
00:43Akta Sama.
00:44Jika sahabat kesalahan tertuduh berdepan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau keduanya serta denda tambahan
00:54RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sahabatan.
00:58Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen.
Comments