Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer (km) siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.
Transcript
00:00Projek Transik Aliran Ringan 3 LRT3 Laluan Syah Alam dari Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8km siap sepenuhnya
00:09dan sedia untuk beroperasi.
00:11Ketua Laluan Syah Alam, Mama Arifin Idris berkata, pembukaan Laluan Syah Alam yang memanfaatkan 2 juta penduduk sekitar jajaran itu
00:18akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
00:21Beliau berkata, tarikh dan masa pembukaan operasi Laluan Syah Alam yang meliputi 20 stesen baharu itu akan diumumkan Perdana Menteri
00:29pada majlis pelancaran itu nanti.
00:32Kesemua stesen baharu tersebut ialah Bandar Utama, Kayu Ara, BU 11 Bandar Utama 11, Damansara Idaman, Subang, Glenmery 2, Kerjaya,
00:42Stadium Syah Alam, Datuk Menteri dan UITM Syah Alam.
00:4510 lagi stesen ialah Seksyen 7 Syah Alam, Bandar Baru Kelang, Pasar Kelang, Jalan Meru, Jambatan Kota, Taman Selatan, Seri
00:55Andalas, Kelang Jaya, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia.
00:59Mohd Arifin berkata, perumpang boleh bertukar ke Laluan Kajang di stesen Bandar Utama dan ke Laluan Kelana Jaya menerusi sambungan
01:07di stesen Glammery 2.
01:08Bagi meningkatkan ketersambungan dan memperkukuh perjalanan dari batu pertama hingga terakhir, Mohd Arifin berkata jajaran berkenaan turut dilengkapi dengan 40
01:18bas perantara yang telah memulakan operasi di 323 hentian melibatkan 13 laluan dihaskan dengan tambang hanya RM1 bermula 6 pagi
01:27hingga 11.30 malam.
01:29Di samping itu turut disediakan perkhidmatan Rapid On Demand melibatkan 44 buah van di 20 zon dengan bayaran RM2 sahaja
01:38bermula 6 pagi hingga 11.30 malam.
01:41Laluan bas perantara serta perkhidmatan van Rapid On Demand akan diselaraskan mengikut permintaan dan corak perjalanan selepas pembukaan Laluan Syah
01:50Alam.
01:50Terdapat juga kemudahan paki di 6 stesen iaitu di Kayu Ara, Damansara Idaman, Pasar Besar Kelang, Seri Andalas, Bandar Bukit
01:59Tinggi dan Johan Setia dengan jumlah keseluruhan tempat letak kenderaan sebanyak 2,300 petak.
02:06Mohd Arifin berkata Prasarana Malaysia Berhad Prasarana turut menyasarkan 67,000 perjalanan penumpang sehari pada tahun pertama operasi dan meningkat
02:15kepada 117,708 sehari dalam tempoh 5 tahun.
02:20Beliau berkata laluan Syah Alam turut mengadaptasi pelbagai teknologi hijau antaranya sistem penyaman udara tren kenderaan ril ringan LRV menggunakan
02:28teknologi inverter dan sistem penyaman udara pintar.
02:31Malah reka bentuk stesen turut mengutamakan pengudaraan serta pencahayaan semula jadi bagi meningkatkan kecekapan tenaga.
02:39Di samping itu kemudahan orang kurang upaya OKU juga disediakan di kesemua stesen antaranya laluan landai RAMPS
02:46untuk penggunaan berkerusi roda, tandas mesra OKU serta tempat duduk khas untuk pengguna OKU di setiap gerabak.
02:53Bagi kerja pembinaan semula 5 stesen iaitu Tropicana, Raja Muda, Temasha, Bukiraja dan Bandar Botanik,
03:00Muhammad Arifin berkata ia akan dimulakan pada penghujung tahun ini.
Comments

Recommended