Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Felo Bersekutu MINDA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata sambutan yang kurang memberasangkan terhadap cadangan kemasukan murid ke Tahun Satu pada usia enam tahun menunjukkan pentingnya sesuatu dasar didahului dengan kajian serta penerangan yang menyeluruh kepada masyarakat.
Transcript
00:00Ramai ibu bapa masih belum yakin untuk menghantar anak mereka ke tahun 1 pada usia 6 tahun,
00:06sekaligus menyebabkan sambutan terhadap carangan pelaksanaan dasar itu jauh lebih rendah daripada unjuran.
00:13Pandangan itu disuarkan fellow bersekutu Minda Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr. Anwar Ahmad.
00:19Katanya pelaksanaan reformasi pendidikan di negara ini perlu berpaksikan kajian menyeluruh dan data empirikal
00:27bagi mengelak perubahan dasar yang akhirnya terpaksa dipindah atau ditarik balik.
00:34Kita dapati bahawa sebahagian besar daripada pandangan ibu bapa ini berada dalam dua keadaan.
00:40Yang pertama adalah ibu bapa seperti tidak yakin dengan apa yang akan dilaksanakan pada umur 6 tahun anak-anak mereka
00:52ke sekolah.
00:53Mereka tidak nampak prosesnya, bentuknya. Mereka tidak begitu yakin dengan keadaan anak-anak mereka di sekolah pada usia yang sangat
01:02muda, 6 tahun dan sebagainya.
01:05Itu satu keyakinan ibu bapa.
01:07Faktor yang kedua yang kalau kita lihat penting untuk kita fahami adalah sejauh mana pihak kementerian telah melakukan
01:18pendedahan, taklimat, perkongsian maklumat, memberikan kefahaman kepada ibu bapa.
01:27Sebab ramai ibu bapa yang mengatakan mereka tidak jelas misalnya tentang kurikulum.
01:33Mereka tak jelas bagaimana bentuk nanti anak mereka umur 3 tahun ke sekolah adakah akan belajar seperti mana pelajar-pelajar
01:40tak umur 7 tahun
01:41ataupun adakah mereka akan belajar seperti di prasekolah ataupun mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang berseruktu dan sebagainya. Mereka tak
01:50jelas.
01:50Katanya lagi, beberapa dasar pendidikan yang menurut beliau dilakukan secara Samborono sebelum ini
01:56turut menunjukkan kepentingan membuat keputusan berasaskan kajian dan data.
02:02Anwar memberi contoh pelaksanaan pentaksiran bilik darjah PBD, pemansuhan ujian pencapaian sekolah rendah UPSR
02:09dan pentaksiran tingkatan 3 PT3 serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR.
02:16Pada Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Negara
02:23RPN 2026-2035 mengumumkan bermula tahun depan, kanak-kanak berusia 6 tahun boleh mengikuti pembelajaran di tahun 1
02:34namun tidak diwajibkan dan bergantung pada ibu bapa.
Comments

Recommended