00:00Seterusnya, industri aeroangkasa Malaysia dijangka berkembang antara 15 hingga 20% dalam beberapa tahun akan datang.
00:07Didorong oleh permintaan global terhadap pesawat yang kekal tinggi.
00:11Seiring prospek positif itu, MyAeroSummit 2026 jadi platform memacu pelaburan,
00:17memperluas kerjasama industri serta meneroka peluang baru dalam ekonomi aeroangkasa.
00:27Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI, Simza Sin berkata,
00:33Malaysia menawarkan persekitaran perniagaan yang cekap dengan proses pengawal selia lebih mudah
00:39serta kos operasi kompetitif bagi menarik lebih banyak pelabur global ke dalam industri aeroangkasa negara.
00:46We are home to about 250 aerospace companies.
00:50We bring in about 32.5 billion in revenue.
00:54So big names like Boeing is here, Boeing is in Malaysia.
01:00Then companies, tier 1 companies like CTRM is providing supply material and also components and parts,
01:10especially the wings of the aeroplane is made in Malaysia.
01:13So we should be proud of our technology, our capabilities is supplying to the world.
01:21Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran MyAeroSummit 2026
01:26yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Sedang atau Maibs pada Khamis.
01:31Turut mencemar duli yang amat mulia Tengku Panglima Besar Selangor,
01:36Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
01:41Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia atau NAIKO Malaysia,
01:49I.R. Syamsul Kamal Abu Samah berkata,
01:52Industri Aeroangkasa Negara dijangka mewujudkan lebih 18,000 peluang pekerjaan baharu
01:58dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang hasil kemasukan pelaburan dan pengembangan aktiviti industri.
02:04Untuk kali ini, bukan hanya kita mengenengahkan dua sektor utama kita iaitu Aerospace Manufacturing dan MyAero,
02:14kita juga mengenengahkan emerging area ataupun emerging ekonomi seperti low altitude ekonomi.
02:21Yang ini yang kita lihat, kolaborasi di antara kita, CAM, Meranti, Mike dan juga beberapa lagi institusi lain,
02:30tidak dilupakan juga akademia seperti UTHM, memberi ruang baru untuk rakyat dan juga masyarakat luar negara
02:37meneroka bahawa LAI ini akan merupakan satu ekonomi area yang memberi manfaat kita untuk jangka masa panjang.
02:45MyAero Summit 2026 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Jun,
02:50menghimpunkan 106 pempamer dari dalam dan luar negara selain menyaksikan
02:56Pemeterayan 17 Memorandum Persefahaman atau MOU.
03:00Sidang kemuncak itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan menerusi MyAero Challenge
03:05tahun 2026 yang menghimpunkan lebih 800 peserta terdiri daripada pelajar sekolah,
03:11universiti dan wakil industri dalam sembilan cabaran teknikal
03:15selain dibuka kepada orang ramai pada hari terakhir penganjurannya.
03:20Terima kasih telah menonton!
Comments