Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Hampir 13,309 individu kembali bekerja melalui intervensi pasaran buruh. KESUMA memfokuskan penempatan kerja, dengan sektor perkhidmatan mendahului serta usaha upskilling dan reskilling terus diperkukuh.
Transcript
00:00Hampir 31% atau 13,309 individu berjaya memperoleh pekerjaan semula
00:06hasil intervensi pasaran buruh yang dilaksanakan kerajaan.
00:10Kenyataan Kementerian Suma Manusia Kesuma memberitahu
00:13keutamaan kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada pemantauan dan pengurusan isu kehilangan pekerjaan
00:19malah memastikan individu yang terjejas dapat kembali memperoleh pekerjaan
00:24melalui pelbagai intervensi pasaran buruh yang komprehensif dan berkesan.
00:30Menurut Kesuma, jumlah itu berdasarkan statistik Pertubahan Keselamatan Sosial perkeso sehingga 12 Jun lepas.
00:37Ujarnya, jumlah itu adalah sebahagian daripada 62,644 penempatan pekerjaan yang berjaya direalisasikan
00:45melalui portal My Future Jobs sekaligus mencerminkan keberkesanan usaha padanan pekerjaan yang dilaksanakan.
00:52Justeru fokus Kesuma adalah membantu rakyat kembali bekerja, bukan sekadar merekodkan kehilangan pekerjaan.
00:58Kesuma memaklumkan kebanyakan individu yang berjaya ditempatkan semula memperoleh pekerjaan dalam sektor perkhidmatan,
01:06diikuti pembuatan dan pembinaan, sekaligus mencerminkan permintaan tenaga kerja yang terus kukuh dalam sektor utama ekonomi negara.
01:13Bagi meningkatkan keboleh pasaran dan daya sain tenaga kerja, selaras dengan keperluan pasaran buruh semasa,
01:20perkeso terus memperkukuh pelaksanaan program peningkatan kemahiran upskilling dan latihan semula reskilling.
01:27Sehingga kini, Kesuma memaklumkan sebanyak 2,697 orang berinsurans telah diluluskan permohonan
01:34untuk mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan semula yang ditawarkan.
Comments

Recommended