00:00Tiga Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC memfailkan tuntutan undang-undang terhadap Kerajaan Amerika Syarikat atas sekatan berhubung keputusan kehakiman siasatan
00:10melibatkan Israel dan negara itu.
00:13Kes yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan itu mengatakan sekatan berkenaan menyalahi undang-undang dan merupakan serangan terhadap kebebasan kehakiman.
00:24Sekatan yang diperkenalkan Washington tahun lepas meliputi kewangan dan larangan visa yang menyasalkan Hakim serta kakitangan ICC lain yang terlibat
00:34dalam siasatan berkaitan jenayah perang di wilayah Palestina diduduki.
00:39Di bawah sekatan itu, Hakim terlibat dilarang mengakses aset yang dipegang di Amerika dan terlibat dalam transaksi melibatkan syarikat atau
00:48perkhidmatan negara tersebut.
00:49Antara keputusan yang dibangkitkan pihak berkuasa Amerika ialah pengeluaran waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah
01:00perang yang dilakukan di wilayah Palestine.
01:03Dalam tuntutan mahkamah mereka, Hakim berhujah tiada kecemasan negara yang sah wujud untuk mewajarkan sekatan.
01:11Mereka juga berpendapat langkah itu sewenang-wenangnya dan berubah-ubah pihawayan undang-undang yang sering digunakan dalam cabaran kepada dasar
01:21Amerika.
Comments