00:00Inilah berita mengenai rekod suhu tertinggi bagi bulan Jun di United Kingdom, sekali lagi dicatatkan dengan peningkatan berlaku sebanyak 3
00:07kali dalam tempoh sehari.
00:09Menurut pejabat meteorologi, suhu yang direkodkan mencecah 36.7 darjah Celsius di Merrifield, Somerset pada Khamis.
00:18Sebelum itu, ia mencatatkan angka 36.6 darjah Celsius juga di Somerset.
00:25Kawasan sama sebelum itu merekodkan suhu 36.4 darjah Celsius menjadikan rekod suhu dalam Jun terus meningkat dalam tempoh yang
00:33singkat.
00:36Keadaan panas melampau ini berlaku ketika amaran cuaca panas tahap merah dilanjutkan hingga Jumaat di London dan beberapa kawasan di
00:44Tenggara, England.
00:45United Kingdom kini berdepan gelombang haba yang semakin kuat sekaligus memberi tekanan kepada perkhidmatan awam serta infrastruktur.
00:53Sebelum ini, UK turut merekodkan malam Jun paling panas dengan data awal menunjukkan suhu di Cardiff kekal melebihi 23.5
01:02darjah Celsius sepanjang malam.
01:05Pihak ramalan cuaca menjangkakan cuaca panas akan berterusan dengan kemungkinan rekod suhu Jun boleh terus berubah sekiranya gelombang haba berpanjangan.
01:15Keadaan ini turut menjejaskan kehidupan harian penduduk termasuk pelaksanaan larangan penggunaan hos air oleh South East Water yang menjejaskan kira
01:25-kira 850,000 pelanggan di Cannes akibat permintaan air yang tinggi.
01:30Ketua Ahli Meteorologi Andy Page berkata, cuaca panas dan lembab ini akan terus memberi kesan kepada negara itu dalam beberapa
01:39hari akan datang.
01:40Beliau berkata, walaupun amaran merah di beberapa kawasan akan tamat, suhu tinggi masih dijangka berterusan dengan kemungkinan mencecah sehingga 37
01:50darjah Celsius di beberapa lokasi.
Comments