00:00Parti Demokrat mengecam keputusan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang membenarkan pentadbiran Presiden Donald Trump menamatkan status pelindungan sementara TPS untuk
00:09ratusan ribu pendatang dari Haiti dan Syria.
00:12Keputusan enam tiga oleh majoriti hakim konservatif itu antara lain membatalkan keputusan mahkamah rendah yang sebelum ini menghalang usaha pentadbiran
00:19Trump menamatkan TPS bagi lebih 350,000 rakyat Haiti dan kira-kira 6,100 rakyat Syria.
00:29Tiga hakim liberal tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Ahli Kongres Silvia Garcia berkata keputusan itu bukan sahaja memberi kesan kepada
00:37rakyat Haiti dan Syria, malah boleh menjejaskan komuniti lain yang turut menerima pelindungan TPS pada masa hadapan.
00:56This ruling immediately threatens temporary protected status, TPS, holders from Haiti dan Syria.
01:04But it will not stop there. We know Donald Trump. He has ordered the termination of every TPS designation that
01:14has come up for renewal. That's 13 countries.
01:17That is not a careful evaluation of conditions underground. It's a coordinated campaign to rip legal protections away from immigrant
01:29families.
01:30Seorang lagi ahli Kongres, Delia Ramirez, menyifatkan keputusan mahkamah agung itu sebagai memalukan dan menggesa orang ramai bangkit menentangnya.
01:39Ketika ini, Jabatan Negara masih mengeluarkan amaran perjalanan ke Haiti dan Syria berikutan ancaman keganasan, jenayah, penculikan serta aktiviti pengganas.
01:49Program TPS sebelum ini membenarkan warga asing dari negara yang dilanda konflik atau bencana untuk tinggal dan bekerja di Amerika
01:57Syarikat buat sementara waktu.
01:59Status tersebut diberikan kepada rakyat Haiti selepas gempa bumi besar pada 2010 dan kepada rakyat Syria selepas tercetusnya Perang Saudara
02:07pada 2012.
Comments