Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Petronas serta GLC dan GLIC terus memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera dengan sumbangan sekitar RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada 2025 merangkumi pelaburan, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

Beliau berkata empat syarikat bumiputera kini dalam saluran penyenaraian di Bursa Malaysia tahun ini, dengan sasaran 10 IPO bagi 2026โ€“2027 serta pelaksanaan Program 10 Juara Bumiputera bagi melahirkan syarikat bernilai RM500 juta menjelang 2028.
Transcript
00:00Seterusnya, dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Bumi Putera, hasil daripada mesyuarat itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini
00:10yang mana telah ditegaskan bahawa bagi syarikat termasuk Petronas dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, JLC, dan juga syarikat-syarikat
00:22GLIC,
00:23Government Link Investment Companies, akan terus berusaha untuk memperkukuh agenda pembangunan Bumi Putera negara
00:31dengan sumbangan kira-kira RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun 2025.
00:42Sumbangan ini meliputi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan pembangunan komuniti.
00:50Pencapaian ini turut diterjemah melalui perkembangan syarikat Bumi Putera dalam pasaran modal.
00:55Pada tahun ini, empat syarikat majoriti milik Bumi Putera berada dalam saluran untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
01:03Manakala, sasaran 10 penyenaraian baru bagi tempoh 2026-2027 telah ditetapkan mengatasi pencapaian sepanjang lima tahun sebelumnya.
01:14Bagi menyokong sasaran tersebut, program 10 juara Bumi Putera hasil kerjasama GLIC diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi
01:26serta melahirkan 10 syarikat Bumi Putera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang tahun 2028.
01:36Semestinya komitmen GLIC dan GLC turut diperkukuh melalui sasaran pelaburan langsung sebanyak RM2 bilion ke dalam syarikat Bumi Putera pada
01:44tahun 2026.
01:46Di samping itu, garis panduan pembangunan vendor Bumi Putera yang baru diperkenalkan bagi memperkukuh saluran serta meningkatkan kapasiti vendor secara
01:56lebih tersusun dan berkesan.
Comments

Recommended