Skip to playerSkip to main content
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut yang berkaitan dengan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun Facebook miliknya, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Chegubard, 48, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785165/berita/semasa/chegubard-didakwa-buat-hantaran-hasutan-berkaitan-institusi-diraja

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Chegubarddidakwa #aktahasutan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aktivis politik Badrul Hisham Syaharin atau Cikgu Bad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Khamis atas pertuduhan menerbitkan
00:09penerbitan menghasut yang berkaitan dengan institusi diraja negeri sembilan di akaun Facebook miliknya bulan lalu.
00:16Cikgu Bad 48 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.
00:23Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menerbitkan penerbitan menghasut antaranya, berdasarkan undang-undang, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nazaruddin
00:34Ibni Almarhum Tuanku Jaafar sah merupakan yang di-Pertuan Besar ke-12.
00:40Tuanku Muhris Ibni Almarhum Tuanku Munawir ialah kini bekas yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di aplikasi media sosial menerusi
00:48akaun Cikgu Bad.
00:49Kesalahan itu dilakukan pada jam 8.30 malam di Jalan Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada 26 Mei lalu.
00:57Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4-1-C Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah
01:06Subseksyen 4-1 Akta yang sama.
01:09Timbalan pendakwa raya Datuk Ahmad Sazali Omar menawarkan jaminan minimum RM10,000 atas alasan hantaran yang dibuat oleh tertuduh melibatkan
01:19isu sensitif berkaitan institusi diraja Negeri Sembilan.
01:23Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah supaya mengeluarkan perintah larangan gag order terhadap Cikgu Bad bagi melarangnya daripada terus membuat apa
01:32-apa komen atau hantaran berkaitan dengan isu yang sedang berlaku melibatkan institusi diraja.
01:37Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan
01:47sehingga kes selesai.
01:49Mahkamah turut menolak permohonan gag order namun jika tertuduh didapati masih membuat hantaran sama sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni
01:58maka pihak pendakwaan boleh membuat permohonan bertulis.
02:01Sebutan sebulah bagi serahan dokumen pada 3 Ogos depan.
02:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended