Skip to playerSkip to main content
Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa atas enam pertuduhan melakukan rompakan dengan sebilah pisau di beberapa kedai serbaneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah awal bulan ini.

Tertuduh, Mohammad Saiful Izzham Ismail, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784914/berita/semasa/kelindan-lori-tidak-mengaku-rompak-enam-kedai-serbaneka-bersenjatakan-pisau

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rompak #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang kelen dan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keruh pada Selasa
00:05atas enam petuduhan melakukan rompakan dengan sebilah pisau di beberapa kedai serbeneka 24 jam
00:12sekitar daerah Melaka Tengah awal bulan ini.
00:15Tertuduh Muhammad Saiful Izham Ismail, 27 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua petuduhan dibacakan
00:22dihadapan Hakim Raja Nur Adilah, Raja Mahyaldin.
00:26Mengikut petuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan terhadap enam pekerja wanita di Premis 7-11
00:33dan Cafe by 7-11 di Taman Desa Molek, Taman Seri Duyong, Taman Desa Duyong, Taman Seri Selendang,
00:42Taman Pertam Jaya serta Komersial Eksora Bukit Berwang antara jam 4 pagi hingga 5.30 pagi pada 5 dan 6
00:50Jun lalu.
00:51Dalam semua kejadian itu, dia didakwa menggunakan sebilah pisau sebagai senjata maut ketika melakukan rompakan.
00:59Tertuduh yang diwakili Peguam Amrit Paul Singh bagaimanapun memohon jaminan yang lebih rendah
01:04atas alasan anak guamnya merupakan pencari nafkah keluarga.
01:09Menurut Peguam, tertuduh yang berkahwin tahun lalu baru sahaja kehilangan pekerjaan
01:13selain perlu menanggung ibunya yang menghidap tekanan darah tinggi dan bapanya yang mempunyai masalah jantung.
01:21Makarna kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM36,000 bagi kesemua petuduhan
01:27dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.
01:34Pada 13 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kelindan lori nekat
01:38melakukan samun di enam kedai serbeneka 24 jam sekitar daerah Melaka Tengah
01:43dipercayai akibat terdesak untuk melangsaikan hutang ahlong.
Comments

Recommended