00:00Seorang pegawai tatbir dan diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keruh pada Selasa
00:05atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang persatuan
00:10dan menipu beberapa individu bagi mendapatkan sumbangan yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan peribadi.
00:17Tertuduh Punitha Devi Durairaju, 43 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elisadeh Payawan.
00:26Berdasarkan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan,
00:31tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang berjumlah RM56,000 milik Persatuan Pegawai Tatbir dan Diplomatik, PTD, Negeri Melaka,
00:40yang sepatutnya digunakan bagi pelaksanaan program Haiti bersama PTD dan program Ramadan pada tahun 2022.
00:48Bagi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen sama, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang sumbangan duit raya
00:54berjumlah RM600 milik 30 petugas Majlis Sambutan Aidilfitri Madani tahun 2024 untuk kegunaan peribadi.
01:03Sementara itu, bagi empat pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,
01:09tertuduh didakwa memperdayakan beberapa individu untuk menyerahkan wang sumbangan berjumlah RM3,900
01:15bagi penganjuran hari keluarga dan sasaran kerja tahunan bahagian komunikasi korporat BKK pada tahun 2024.
01:22Bagaimanapun program yang dimaksudkan tidak dilaksanakan dan wang sumbangan tersebut didakwa digunakan untuk kegunaan peribadi tertuduh.
01:31Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
01:37Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Ogos depan.
Comments