00:00Ahli Dewan Undangan Negeri JITRA, Haim Hilman Abdullah,
00:04mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Seremban pada Kamis
00:08atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya,
00:13kononnya Universiti Awam menjual tempat kepada golongan tertentu.
00:18Haim Hilman, 53 tahun, yang juga ex-co-industri dan pelaburan,
00:23pengajian tinggi, sains, teknologi dan inovasi kedah,
00:26sebagai orang kena saman, membuat pengakuan itu di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli
00:32selepas pertuduhan dibacakan.
00:35Mengikut pertuduhan, OKS dengan niat telah menyebabkan kebimbangan kepada orang awam
00:40yang demikian mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan kesalahan terhadap ketenangan awam.
00:47Kesalahan berkenaan dilakukan pada 13 Jun 2026 di antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam
00:55di Markas PAS Seremban.
00:58Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan
01:04dan sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 30 Julai depan.
01:09Sebelum ini, Haim Hilman didakwa menyatakan bahawa institusi pengajian tinggi awam
01:15menafikan hak 30,000 pelajar yang layak kerana amalan tidak telus
01:19dan wujud unsur pintu belakang dalam satu ceramah umum di Markas PAS Kawasan Seremban
01:25pada 13 Jun lalu.
Comments