Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
PAAB terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor air negara selama dua dekad, dengan kerajaan komited memastikan keterjaminan bekalan air melalui pelaburan berterusan dan kerjasama pelbagai pihak.
Transcript
00:00Pengurusan Aset Air Berhad PAAB berkembang menjadi antara tonggak utama dalam memastikan pembangunan sektor air negara dilaksanakan secara lebih tersusun,
00:10mampan dan berkesan sepanjang dua dekad penubuhannya.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selama tempoh itu, institusi berkenaan telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan
00:22aset dan infrastruktur air negara.
00:26Menerusi hantaran di Facebook sempena ulang tahun ke-20 PAAB, beliau menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada seluruh warga kerja institusi
00:34tersebut di atas pencapaian yang membanggakan.
00:38Mengulas mengenai pembangunan infrastruktur air, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan bahawa ia merupakan satu pelaburan
00:47jangka panjang yang hasilnya tidak sentiasa dapat dilihat dengan segera.
00:51Menyentuh cabaran masa hadapan seperti perubahan iklim, pertambahan penduduk dan peningkatan permintaan sumber air, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan
01:00terus mengutamakan agenda keterjaminan air selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang memerlukan komitmen berterusan, perancangan yang teliti serta kerjasama erat
01:09antara kerajaan, agensi berkaitan dan semua pihak berkepentingan.
01:13Terima kasih kerana menonton!
01:13Terima kasih kerana menonton!

Recommended