Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
KPDN Kelantan merampas 1.36 tan minyak masak bersubsidi dalam Ops Tiris 4.0 di Pasir Mas. Suspek melarikan diri, manakala kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kausar Hidup KPDN Kelantan merampas 1.36 ton metrik minyak masak bersubsidi
00:08yang dipercayai cuba diselewing dalam satu operasi bersepadu di Pasir Mas baru-baru ini.
00:14Pengarah KPDN Kelantan Hanif Yusabra Yusuf berkata, rampasan itu dilakukan melalui obstiris 4.0 bersepadu,
00:23hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan unit risikan dan tidakkan khas KPDN Kelantan
00:28dengan kerjasama pasukan polis merin, wilayah 3 pengkalan kubur, ibu pendapat polis daerah Pasir Semas dan KPDN Cawangan Pasir Mas.
00:38Beliau berkata hasil risikan membawa pasukan operasi mengekori sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berdaftar tempatan
00:45sejauh hampir 10km bermula dari sebuah premis pemborong barang kawalan di Pasir Mas.
00:51Ujarnya kenderaan itu berjaya ditahan kira-kira 8.30 malam di Kampung Kubang Panjang, Lemal
00:57sebelum pemeriksaan lanjut menemukan 1,360 kg minyak masak bersubsidi yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.
01:06Hanif berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM18,400 termasuk kenderaan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.
01:14Namun suspek yang memandu kenderaan terbabit berjaya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran
01:19ketika serbuan dijalankan.
01:22Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.
Comments

Recommended