00:00Aktivis politik Cikgu Bat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut dengan mengaitkan institusi Raja
00:10menerusi laman Facebook bulan lalu.
00:12Tertuduh dengan nama sebenar Badrul Hisham Syaharin, 48 tahun, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin
00:21Surita Budin.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menerbitkan penerbitan menghasut di aplikasi Facebook menerusi akaun Cikgu Bat.
00:33Penerbitannya antaranya berbunyi berdasarkan Undang-Undang Duli Yang Mahamulia Seri Paduka Baginda, Tuanku Nazaruddin Ibni Almarhum, Tuanku Jaqfashah merupakan yang
00:44dipertuan besar ke-12.
00:46Tuanku Mukris Ibni Almarhum, Tuanku Munawir ialah kini bekas yang dipertuan besar negeri sembilan.
00:54Kesalahan itu dilakukan pada pukul 8.30 malam di Jalan Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada 26 Mei lalu.
01:02Justru tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4-1 Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen
01:114-1 Akta yang sama.
01:14Jika disabitkan, denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
01:22Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Dato' Ahmad Sazali Omar menawarkan wang jaminan tidak kurang RM10,000 dan memohon mahkamah mengeluarkan
01:31satu perintah larangan terhadap tertuduh daripada mengeluarkan kenyataan yang berkaitan isu institusi di Raja Negeri Sembilan.
01:39Sementara itu, Peguam Muhammad Rafiq Rashid Ali yang mewakili tertuduh berpendapat wang jaminan sebanyak RM10,000 adalah jauh lebih tinggi
01:48berbanding denda maksimum hanya RM1,000.
01:51Muhammad Rafiq juga tidak bersetuju sekiranya perintah larangan dikenakan kepada anak guamnya dengan mengambil kira mahkamah rayuan sebelum ini tidak
02:00pernah mengeluarkan perintah itu terhadap tertuduh bagi 3 lagi kes.
02:04Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan.
02:12Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
02:19Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments