00:00Mahkamah Sesi Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 39 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang lelaki
00:06selepas dia mengaku bersalah atas 3 pertuduhan merogol anak kandungnya sehingga hamil.
00:13Hakim Datin M. Kunasundari memerintahkan tertuduh yang berusia 46 tahun itu menjalani hukuman penjara
00:20secara berasingan bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Jun lepas.
00:30Bagi pertuduhan pertama, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 5 sebatan
00:34manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh masing-masing dipenjara 12 tahun beserta 3 dan 2 sebatan.
00:41Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan
00:46selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas tamat tempoh hukuman.
00:50Mengikut pertuduhan lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa merogol mangsa sekitar awal 2024, hujung 2024 dan bulan ini.
00:58Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B-1 Kanun Keseksaan.
Comments