00:00Parti Wawasan Negara bersedia menjadi jambatan menyatukan PAS dan UMNO dalam usaha memperkukuh perpaduan politik Melayu serta mengelakkan perpecahan yang
00:11merugikan rakyat.
00:13Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pendirian itu merupakan antara matlamat utama wawasan selepas diterima secara rasmi sebagai parti komponen
00:23Perikatan Nasional.
00:26Kata Ahli Parlimen Larut itu, penerimaan wawasan sebagai anggota PN membuka ruang kepada parti itu untuk memainkan peranan lebih besar
00:36dalam menyatukan kekuatan pembangkang.
00:38Kali pertama apabila saya mengeluarkan kenyataan sebagai Presiden, iaitu pada hari Sabtu yang lepas dalam mesyuarat khas perwakilan parti ini,
00:54saya menggambarkan bahawa parti ini akan menjadi jambatan kepada semua parti-parti yang ada dalam negara kita.
01:03Terutamanya dua parti yang besar, iaitu PAS dan UMNO.
01:09Menurut Ketua Pembangkang itu, usaha menyatukan parti-parti politik perlu didahulukan berbanding persaingan sesama sendiri,
01:17khususnya ketika rakyat berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan kos sara hidup.
01:23Kerana kami fikirkan, sudah sampai masanya,
01:28kebanyakan politik kita di seluruh negara,
01:32yang ingin melihat sesuatu yang lebih segar.
01:38sebab itu kami fikirkan bahawa akan kita lakukan dalam masa yang terdekat ini
01:47untuk memastikan pelombagaan parti ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang baru,
01:57yang sama dengan kehendak rakyat,
02:01untuk memastikannya ia lebih baik daripada mana-mana parti yang ada dalam negara kita.
02:10Jelasnya lagi, menerusi gerakan riset,
02:13segala yang baik dalam arena politik negara akan diteruskan dan ditambah baik,
02:18manakala yang tidak baik akan diperbetulkan.
02:21selamat menikmati.
Comments