00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM pada Khamis umum pelantikan Tan Cheng Ho sebagai Ketua Jurulatih Interim Pasukan Kebangsaan bagi menggantikan
00:10Peter Klawmowski yang ditamatkan kontrak bulan ini.
00:14FAM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Cheng Ho dibuat selepas mengambil kira pengalaman, rekod pencapaian dan pemahaman mendalam beliau terhadap landscape
00:24bola sepak negara.
00:27Badan Induk Bola Sepak Negara itu yakin pengalaman, kepakaran dan pengetahuan Cheng Ho akan menjadi aset penting dalam usaha memperkukuh
00:36prestasi skuad Harimau Malaya.
00:38FAM berkata pelantikan Cheng Ho sebagai Ketua Jurulatih Interim Pasukan Kebangsaan diharap akan memberi suntikan baharu kepada Harimau Malaya dalam
00:47usaha meningkatkan prestasi pasukan pada peringkat Asia dan antarabangsa.
00:51Untuk rekod, Cheng Ho merupakan pengendali skuad Harimau Malaya dari Disember 2017 hingga Disember 2021 selepas menggalas tugas sebagai penolong
01:01jurulatih Pasukan Kebangsaan dari 2009 hingga 2013.
01:05Antara kejayaan manis diraih Cheng Ho ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukansi 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010
01:15ketika bergelar pembantu jurulatih kepada Datuk K. Raja Gobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku Ketua Jurulatih.
01:24Pada April 2025, jurulatih berusia 58 tahun kelahiran Alustar Kedah itu kembali berkhidmat di FAM apabila dilantik sebagai pengarah teknikal
01:35pasukan kebangsaan.
01:36Skuad Harimau Malaya dijadualkan mengambil bahagian pada kejohanan ASEAN bermula bulan depan dan Piala ASEAN FIFA pada September.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments