Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Proses pelantikan Undang Luak Rembau memasuki fasa penting apabila Dato’-Dato’ Lembaga mengadap Tunku Besar Seri Menanti bagi memohon perkenan tarikh istiadat rasmi, mengikut adat Negeri Sembilan.

Category

🗞
News
Transcript
00:04Assalamualaikum, salam hormat. Ini merupakan perkembangan terkini saya bawakan kepada anda.
00:09Proses pelantikan Undang Luak Rembau yang baru dijangka memasuki fasa penting apabila Datuk-Datuk Lembaga Luak Rembau di jadual mengadap
00:18Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Ridaudin Tuanku Mukhris petang ini.
00:23Istiadat mengadap yang berlangsung di Istana Besar Sri Menanti pada jam 3 petang itu bertujuan memohon perkenan bagi penetapan tarikh
00:32istiadat mengadap bagi menzahirkan kejadian Undang untuk Bakal Undang Rembau.
00:37Menurut kenyataan pengelola bijaya di Raja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Muhammad Ali pada Khamis pihak media dijemput membuat liputan
00:46istiadat berkenaan.
00:47Istiadat tersebut merupakan antara proses penting dalam adat dan tradisi Pemerintahan Negeri Sembilan sebelum bakal undang dizahirkan secara rasmi sebagai
00:58Undang Luak Rembau yang baru.
01:00Mengikut atur cara, rombongan Datuk-Datuk Lembaga Luak Rembau akan tiba di Istana Besar Sri Menanti pada jam 2.30
01:07petang sebelum disambut orang 4 istana dan dibawa ke Balai Rung Kecil.
01:12Tunku Besar Sri Menanti kemudiannya di jadual berangkat ke Balai Mengadap Kecil bagi menerima mengadap rombongan tersebut.
01:20Istiadat akan dimulakan dengan haluan sembah diikuti penyerahan tepak siri sebagai adat mengadap sebelum Datuk-Datuk Lembaga menyampaikan hasrat kehadiran
01:30mereka.
01:31Perkembangan itu sekaligus mencetuskan perhatian kerana ia bakal membuka lembaran baharu dalam institusi Undang Luak Rembau yang memainkan peranan penting
01:40dalam sistem adat pepatih serta struktur pemerintahan tradisional Negeri Sembilan.
01:45Ezra Awani akan membawakan perkembangan terkini serta keputusan daripada istiadat berkenaan sejurus ia selesai berlangsung menerusi Bulutin Awani Khas jam
01:545 petang ini.
Comments

Recommended