00:00Pals Negeri 9 tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di beberapa kerusi tradisi DAP pada PRN Negeri 9 bergantung kepada hasil
00:10rundingan pembahagian kerusi dengan rakan kerjasama melibatkan parti-parti lain.
00:15Ketua Pals Negeri 9 Muhammad Fairus Muhammad Isa berkata, parti itu menyasarkan untuk bertanding lebih 10 kerusi dun, termasuk mempertahankan
00:253 kerusi yang dimenangi pada PRN 2023.
00:30Menurutnya, Pals mungkin mempertimbangkan bertanding di kerusi milik Pakatan Harapan atau PH dan DAP yang mempunyai sekitar 40% pengundi
00:39Melayu, sekiranya kerusi majoriti Melayu tidak mencukupi untuk ditandingi.
00:44Beliau berkata proses pemilihan calon parti hampir selesai dengan antara kriteria utama ialah integriti, kemampuan berkhidmat kepada rakyat dan berusia
00:53bawah 60 tahun.
00:56Fairus turut mengingatkan jentera serta ahli parti supaya menerima dengan terbuka sebarang keputusan yang bakal dibuat kepimpinan berhubung pembahagian kerusi
01:06dan calon bagi PRN yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos ini.
01:10Kedijai Juno, FMT
Comments