00:01Penganalisis berpendapat Perikatan Nasional atau PN terpaksa mengitar semula
00:07naratif kerjasama UMNO-DAP sebagai modal politik di Perak kerana
00:12menyedari kesukaran gabungan itu menembusi kawasan kerusi campuran.
00:17Shahzah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata
00:21strategi itu sengaja digunakan bagi menyasarkan kelompok pengundi
00:26Melayu yang masih ragu-ragu dengan kerjasama kerajaan perpaduan.
00:31Walaupun ada sedikit pergerakan sokongan orang Melayu ke arah PN,
00:35beliau menyifatkan ia belum cukup kuat untuk membolehkan blok pembangkang
00:40merapas Perak daripada kerajaan semasa.
00:43Kelmarin Ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu mendakwa sentimen rakyat
00:48di negeri itu menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan
00:53dengan rasa tidak puas hati berpunca daripada hubungan rapat
00:57antara UMNO dan DAP yang didakwanya melukakan hati pengundi Melayu.
01:03Bagaimanapun Ahmad Zahiruddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berpendapat,
01:09dawaan Faizal lebih kepada strategi menaikkan moral penyokong
01:13berbanding realiti sebenar di lapangan.
01:15Azurin Zainal, FMT
Comments