00:005 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan dari Perikatan Nasional bersedia untuk bekerjasama dengan 14 adun Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk
00:09menjamin kestabilan Kerajaan Negeri dan kelangsungan pertabiran Kerajaan Negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan dan menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
00:20Sedia bekerjasama, itu Pendirian Perikatan Nasional atau PN Negeri Sembilan, susulan krisis kepimpinan didakwa melanda pertabiran sedia ada.
00:30Ketua Pembangkang Negeri itu, Muhammad Hanifah Abu Bakar berkata, 5 adun PN sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai agenda
00:39perjuangan mereka.
00:40Terdahulu semua 14 adun UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun dan menarik balik
00:49sokongan kepada Kerajaan Negeri pimpinannya.
00:52Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin memanggil mesyuarat tergempar di kediaman rasminya petang ini, susulan keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.
01:02DAP Negeri Sembilan yang memegang 11 kerusi dun juga dijadualkan mengadakan mesyuarat berasingan di pejabat parti itu pada dua petang.
01:10Azuri Zainal, FMT
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments