00:00Bersatu membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia atau PCM ke dalam Perikatan Nasional atau PN,
00:06mendakwa permohonannya tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.
00:11PCM kini dikenali Parti Wawasan Negara atau Wawasan selepas dijenamakan semula yang menurut Presiden Hamzah Zainuddin,
00:19diluluskan pada mesyarakat khas perwakilan Sabtu lalu.
00:22Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mendakwa permohonan PCM menyertai PN dibuat secara tidak teratur apabila didaftarkan atas nama Saifuddin
00:33Abdullah yang juga setiausaha agung PCM.
00:35Katanya semakan Bersatu mendapati setiausaha agung terkini Parti itu bagi penggal 2026-2027 ialah Yoh Kui Kwa.
00:45Beliau berkata maklumat barisan kepimpinan dikemukakan pula merujuk kepada Wawasan sedangkan permohonan dibuat atas nama PCM.
00:53Bagaimanapun Hamzah hari ini mengesahkan partinya sebahagian anggota PN selepas dijenamakan semula daripada PCM.
Comments