00:00Kadar tambang bagi perkhidmatan laluan ril pantai timur ECRL masih belum dimuktamadkan dan belum diumumkan secara rasmi.
00:07Menurut Malaysia Rilink Sunyan Berhad, sebarang kadar tambang yang tular di media sosial ketika ini adalah tidak tepat dan hanya
00:14bersifat spekulasi
00:15sekaligus tidak mewakili kadar sebenar yang akan dikenakan apabila perkhidmatan ECRL mula beroperasi pada Januari 2027.
00:24Katanya kadar tambang ECRL sedang diperhalusi secara teliti bersama pihak berkepentingan.
00:30Ini termasuk agensi pengangkutan awam Darat APAD bagi memastikan ia kekal berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna
00:37selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat.
00:42Justru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian berdasarkan maklumat yang tidak sahih.
00:48MRL menjelaskan kadar tambang rasmi hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia
00:52selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan.
00:57East Coast Rail Link atau ECRL merupakan projek rail sepanjang 665km
01:02yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menyambung ke Selangor di pantai barat semenanjung Malaysia.
01:08Apabila beroperasi kelak, lalon itu dijangka memindekkan masa perjalanan antara kota baru dan gombak
01:13kepada sekitar 4 jam berbanding kira-kira 7 jam melalui jalan raya.
Comments