Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Anwar menegaskan bahawa kejayaan kerjasama politik memerlukan komitmen semua pihak untuk menghormati muafakat yang dipersetujui, sekali gus mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri Don Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri PRN
00:08dilakukan susulan wujud sedikit pengkhianatan.
00:12Pengurusi Pakatan Harapan PH itu berkata terdapat cubaan menggugat pentadbiran di Negeri Sembilan walaupun kestabilan politik dan ekonomi negeri disifatkan
00:21berada pada tahap yang baik.
00:23Kalau tak keadaan baguslah tetapi kalau dalam pengalaman kita di Negeri Sembilan tentunya ada usaha dalam keadaan stabil politiknya ekonominya
00:36tapi ada usaha-usaha untuk menjatuhkan jadi itu bagi saya ada sedikit pengkhianatan.
00:41Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 atau MAKX Kooperasi Profesional Putrajaya Berhad atau Koprojaya di
00:49Putrajaya pada Ahad.
00:50Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak timbul isu pengkhianatan apabila
00:58sesuatu penggal pentadbiran di peringkat negeri mahupun nasional berakhir dan tamat.
01:03Kenyataan Zahid dibuat bagi menafikan dakwaan pemimpin PH yang melabel UMNO sebagai pengkhianat susulan pengumuman PRN di Negeri Sembilan.
01:11Mengulas lanjut Presiden PKR itu menegaskan kejayaan kerjasama politik memerlukan komitmen semua pihak untuk menghormati muafakat yang dipersetujui.
01:19Ia sekaligus mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran.
01:24Mengenai PRN Johor pula hujarnya perkara itu terpulang kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan bagi membubarkan don.
01:31Bagaimanapun Perdana Menteri berkata keutamaan ketika ini seharusnya diberikan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi negara serta menangani pelbagai masalah yang
01:39dihadapi rakyat.
01:40Seruhanjaya Pilihan Raya SPR menetapkan 11 Julai depan sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan diadakan
01:48pada 1 Ogos.
Comments

Recommended