Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Filipina awal minggu ini meningkat kepada 61 orang, menurut pihak berkuasa pada Sabtu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi di kawasan paling teruk terjejas di Mindanao, lapor Anadolu Ajansi.
Transcript
00:00Bertemu kembali angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Filipina awal minggu ini meningkat kepada 61 orang menurut
00:08pihak berkuasa pada Sabtu ketika pasukan mencari dan menyelamat SA meneruskan operasi di kawasan paling teruk terjejas di Mindanao.
00:15Pejabat Pertahanan Awam OCD memaklumkan jumlah kematian meningkat selepas lebih banyak jasad ditemukan di kawasan yang terjejas.
00:24Media tempatan pula melaporkan seramai 33 orang masih hilang manakala 1,221 lagi cedera.
00:32Menurut Pusat Pemantauan dan Maklumat Operasi Respons Bencana Dromik, gempa bumi itu menjejaskan 553,068 penduduk di wilayah Mindanao.
00:42Penilaian awal kerosakan menunjukkan sebanyak 8,865 rumah musnah manakala 36,691 lagi mengalami kerosakan separa.
00:54Usaha menyelamat terjejas akibat gegaran susulan, bangunan tidak stabil dan jalan raya yang rosak sekaligus menyukarkan petugas bantuan untuk sampai
01:03ke beberapa komuniti terjejas.
01:05Gempa bumi bermagnitude 7,8 itu melanda kawasan luar pantai Mindanao awal minggu ini mencetuskan panik yang meluas serta menyebabkan
01:14kerosakan besar pada rumah, sekolah, hospital dan infrastruktur awam.
01:19General Santos City dan beberapa kawasan di wilayah Sarangani merupakan antara kawasan paling teruk terjejas, sekaligus mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan
01:28darurat bencana bagi mempercepat usaha bantuan dan pemulihan.
Comments

Recommended