Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1 peratus kepada RM175 bilion pada April 2026, dipacu pertumbuhan kukuh subsektor elektrik dan elektronik (E&E), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Transcript
00:00Sementara itu, nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1% tahun ke tahun kepada RM175 bilion pada April 2026.
00:10Jabatan Perangkaan Malaysia dosa melaporkan pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh prestasi kukuh subsektor produk elektrik dan elektronik atau E&E.
00:20Menerusi satu kenyataan, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, subsektor E&E mencatat pertumbuhan 13.4%
00:30dan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan nilai jualan keseluruhan.
00:34Pertumbuhan itu turut disokong oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang meningkat 9.0% serta subsektor produk petrolium, kimia,
00:44getah dan plastik yang berkembang 4.4%.
00:47Industri berorientasikan ekspor menyumbang lebih 70% daripada jumlah jualan turut berkembang 9.6% dipacu oleh pembuatan komputer, elektronik
00:57dan produk optik.
00:59Pada masa sama, industri berorientasikan domestik mencatat pertumbuhan 7.8% diterajui oleh produk pemprosesan makanan dan produk mineral bukan
01:08logam.
01:09Dari segi pekerjaan, sektor pembuatan menggaji 2.4 juta pekerja pada April meningkat 1.2% berbanding tempoh sama tahun
01:18lalu.
01:18Dalam pada itu, gaji dan upah yang dibayar meningkat 3.1% kepada 8.56 bilion ringgit, manakala nilai jualan
01:27bagi setiap pekerja meningkat 7.7% kepada hampir 72 ribu ringgit.
01:32Bagi tempoh Januari hingga April 2026, nilai jualan pembuatan meningkat 6.4% kepada 676.5 bilion ringgit.
Comments

Recommended