00:00Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Kongo DRC terus meningkat kepada 676 kes dengan 136 kematian dilaporkan setakat
00:10ini.
00:11Menurut pihak berkuasa kesihatan Kongo, 41 kes termasuk 9 kematian direkodkan di wilayah Ituri dan Kivu Utara pada Rabu.
00:21Wabak yang berpunca daripada strain Bundi Bagio sedakat ini menjejaskan 29 zon kesihatan di tiga wilayah timur negara iaitu di
00:30Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan.
00:33Data terbaru pihak berkuasa Kongo mendedahkan jumlah kes terus meningkat setiap minggu menandakan penularan dalam komuniti masih berlaku.
00:42Data sama turut menyatakan pengesanan kontak masih lemah dan belum mencapai sasaran 95%.
00:48Dalam pada itu, seramai 5,768 kontak rapat sedang dipantau di ketiga-tiga wilayah terjejas dengan kadar pemantauan susulan pada
00:57tahap 71.8%.
00:59Sementara itu, dua pesakit Ebola di dunia dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 32 orang.
Comments