Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Dakwaan yang menyebut Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai pengasas Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai "tahyul" yang didakwa cuba memesongkan fakta sebenar sejarah penubuhan gabungan itu.
Transcript
00:00Dawaan yang menyebut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengasas Perikatan Nasional PN disifatkan sebagai tahyul yang memesongkan fakta
00:08sebenar penubuhan gabungan itu.
00:10Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, dawaan tersebut mengabaikan hakikat PN dibentuk secara kolektif, hasil penglibatan
00:19pelbagai pihak dan bukannya hanya seorang individu semata-mata.
00:24Menurutnya, tular senarai pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mesyuarat penubuhan PN pada 29 Julai 2020 di Menara Parlimen yang dihadiri
00:3312 individu iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan MIC.
00:37Maka katanya, PN bukan lahir dari tangan seorang individu yang sedang cuba didewakan bersatu ketika ini.
00:44Beliau turut mendakwa, idea asal penubuhan PN serta cadangan penggunaan nama Perikatan Nasional tidak melibatkan Muhyiddin.
00:53Menurutnya, cadangan itu dikemukakan beberapa individu lain yang terlibat dalam rangka konsep gabungan berkenaan dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri ketika
01:01itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
01:03Wan Saiful juga mendakwa, terdapat individu lain yang berperanan dalam menyediakan dokumen cadangan penubuhan PN serta mereka bentuk logo gabungan
01:11tersebut sebelum ia dilancarkan secara rasmi.
01:14Justeru, beliau berharap mereka yang terbabit secara langsung akan tampil menjelaskan fakta sebenar supaya usaha mewujudkan mitos mengenai pengasas PN
01:23dapat dihentikan.
01:25Wan Saiful berkata Muhyiddin hanya terlibat pada peringkat akhir dan tidak seharusnya diberikan kredit secara eksklusif terhadap pembentukan gabungan itu.
Comments

Recommended