00:00Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan kelayakan graduan program farmasi FAMDI Universiti Alexandria, Mesir yang terjejas susulan isu pengiktirafan program baru.
00:11Menurut KKM, pertimbangan itu akan dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 bagi memastikan kepentingan pelajar terlibat
00:21terus diberi perhatian.
00:24Menuruti kenyataan pada Khamis, KKM turut mengesahkan untuk menghubungi pelajar berkenaan untuk mengemukakan permohonan.
00:30Kenyataan itu turut berkata, penilaian awal kerayakan individu pelajar melalui semakan transkrip akademik dan dokumen sokongan yang dikemukakan akan dijalankan
00:38untuk pertimbangan lanjut Lembaga Farmasi Malaysia, LFM.
00:41Bagaimanapun jelasnya, usaha ini tidak mengetepikan keperluan untuk mengiktiraf program farmasi baru mengikut tata kelola yang telah ditetapkan bagi memastikan
00:51hanya program farmasi yang menepati standar diberi pengiktirafan.
00:55KKM turut mengesahkan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Edukasi Malaysia-Mesir, EMM dan Agensi Kelayakan Malaysia, MQA.
01:03Langkah tersebut bertujuan untuk terus membantu dan memudah cara proses permohonan pengiktirafan program farmasi Universiti Alexandria.
01:10Pada masa sama, pihak KKM turut mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan berhubung status pengiktirafan program tersebut.
Comments