Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Trump ancam serangan besar-besaran ke atas Iran malam ini dan mahu ambil alih Pulau Kharg ketika ketegangan AS-Iran terus memuncak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk melancarkan operasi serangan yang disifatkannya sangat dasyat ke atas Iran pada malam ini.
00:10Trump berkata tentera Amerika Syarikat akan menghancurkan keseluruhan sistem pertahanan Iran termasuk angkatan laut, udara, radar dan pertahanan anti-pesawat
00:20yang didakwanya sebahagian besar telah dimusnahkan.
00:24Menerusi hantaran di akaun truk sosial pada Khamis, Trump turut menyatakan hasrat untuk merampas Pulau Kark, sebuah pulau strategik yang
00:31terletak kira-kira 500km dari selat Hormuz dan menempatkan terminal ekspor minyak terbesar Iran seperti yang dilakukan ke atas Venezuela
00:39pada Januari lalu.
00:41Pulau tersebut merupakan nadi utama industri tenaga negara itu dengan sekitar 90% ekspor minyak mentah Iran melalui kemudahan berkenaan
00:48sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa.
00:51Pada Khamis, pasukan bersenjata Iran telah melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Bahrain, Kuwait dan Jordan
00:58serta menyasarkan dua kapal di selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap gelombang baharu serangan Amerika pada Rabu.
01:06Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC dalam kenyataannya mengalumkan pihaknya melancarkan serangan drone ke atas pangkalan udara Sheikh Isa di
01:13Bahrain
01:13serta pangkalan udara Ali Al-Salim dan Ahmad Al-Jabir di Kuwait pada awal pagi Khamis.
Comments

Recommended