00:00Menteri Pertahanan Britain John Haley meletak jawatan pada kami susulan pertikaian berhubung peruntukan pertahanan untuk negara tersebut.
00:07Perletakan jawatan mengejut itu yang disertakan dengan surat terbuka berunsur kritikan sekaligus menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Keir Starmer.
00:17Haley mendakwa Starmer gagal menyediakan dana yang mencukupi untuk memperkukuh pertahanan negara di tengah-tengah ancaman keselamatan yang semakin memuncak.
00:26Perkembangan itu turut menonjolkan dilema kerajaan Britain untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dalam keadaan negara berdepan kekangan fiskal dan ruang kewangan
00:35yang semakin terhad.
00:37Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan Britain dilaporkan telah berbulan-bulan berunding bagi mencari jalan memenuhi keperluan perbelanjaan ketenteraan yang semakin
00:46meningkat, menyebabkan pelan pelaburan pertahanan yang sepatutnya dibentangkan tahun lalu terus tertangguh.
00:52Menurut pemimpin tentera, pelan berkenaan amat penting bagi menghadapi ancaman keselamatan yang semakin meruncing, termasuk peningkatan percerobohan kapal Rusia ke
01:01perairan Britain yang dilaporkan berlaku dengan lebih kerap.
01:04Pada masa sama, kerajaan turut bergelut mengurangkan hutang negara ketika beban cukai berada pada paras tertinggi dalam beberapa dekad.
01:12Perletakan jawatan Haley dijangka meningkatkan lagi tekanan politik terhadap Starmac selepas Menteri Kesihatan West Streeting meletakkan jawatan pada Mei lalu.
01:21Padahal Andy Burnham dilaporkan sedang mengatur langkah untuk kembali ke politik nasional bagi mencabar kepimpinan parti.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments