00:00Seorang guru lelaki berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah di tiga mahkamah berasingan di Johor Bahru hari ini
00:06atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar dan dua pertuduhan memiliki bahan lucah.
00:13Tertuduh Muhammad Amirul Awang Meran yang masih mengajar di sebuah sekolah rendah di Masai
00:17membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nur Aziyati Jaafar,
00:24Hakim Madihaz Zainul dan Magistret Afifah Hazimah Wahab.
00:27Di hadapan Hakim Nur Aziyati tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan
00:31iaitu melakukan amalan seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun
00:36dalam sebuah kereta di tapak parkir Taman Permainan Masai antara 26 Februari hingga 18 Ogos 2024.
00:43Sementara itu di hadapan Hakim Madihah tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dalam kereta
00:48dan juga di tempat sama jam 8.30 malam pada 16 Mei dan 27 Ogos 2025.
00:55Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
01:01Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 kurungan 1 Akta yang sama.
01:06Di hadapan Magistret Afifah pula, tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan
01:10mengimpan bahan lucah dalam dua telefon bimbit miliknya pada 21 Mei 2026.
01:15Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 kurungan A Kanun Keseksaan
01:19yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:25Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM19,000
01:29bagi kesemua pertuduhan.
01:32Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 13 Julai depan.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments