Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mendakwa Israel menggunakan peluru berpandu balistik dilancarkan dari udara dalam serangan ke atas Iran, ketika ketegangan kedua-dua negara terus memuncak dan mencetuskan kebimbangan keselamatan serantau.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC sahkan Israel menggunakan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari udara dalam
00:08serangan ketenteraan terbaru ke atas wilayah Iran.
00:11Memetik laporan media berkaitan kerajaan Iran, dakwaan itu dibuat ketika ketegangan antara kedua negara semakin memuncak susulan siri serangan peluru
00:18berpandu Iran ke atas Israel yang kemudian dibalas dengan serangan udara Israel terhadap sasaran ketenteraan di Iran.
00:25Pihak berkuasa Israel setakat ini belum mengulas dawan spesifik IRGC berhubung jenis peluru berpandu yang digunakan.
00:32Namun, Israel sebelum ini mengasahkan ia melancarkan serangan ke atas fasiliti ketenteraan Iran di bahagian barat dan tengah negara itu
00:39sebagai tindak balas terhadap serangan terdahulu.
00:42Gelombang terbaru pertempuran itu turut meningkatkan ketegangan serantau dengan beberapa negara dilaporkan mengetatkan sekatan ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga.
Comments

Recommended