Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Abdul Malik Hasim berkata rakaman percakapan Jaslinda dibuat di Hospital Tapah bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya sebelum ini.
Transcript
00:00Polis selesai merakam keterangan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang ditemukan selamat pada Sabtu lepas setelah 14 hari hilang ketika melakukan
00:08pendakian di Gunung Batu Putih dekat Tapah.
00:12Ketua Polis Daerah Tapah, Serupetenin Abdul Malik Hasim berkata, rakaman percakapan itu dibuat di Hospital Tapah pada Ahad bagi membantu
00:19siasatan berhubung kehilangannya sebelum ini.
00:21Polis juga katanya telah merekodkan keterangan penduduk orang asli yang menemui mangsa dalam kejadian itu.
00:29Katanya buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada ahli keluarga selepas penemuan mangsa di kampung Lubuk Gaharu
00:37Tapah.
00:38Jaslinda kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Tapah akibat kecederaan pada buku lali kiri
00:45serta beberapa kecederaan lain.
Comments

Recommended