Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam susulan gempa bumi kuat yang melanda perairan selatan Filipina awal pagi tadi.
Transcript
00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menzahirkan kebimbangan mendalam susulan gempa bumi kuat yang melanda perairan selatan Filipina awal pagi
00:08tadi.
00:09Beliau berkata Malaysia bersimpati dengan rakyat Filipina yang terjejas akibat bencana itu dan bersedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan.
00:18Katanya fikiran dan doa Malaysia bersama rakyat Filipina dan Malaysia bersedia memberikan apa jual bantuan yang diperlukan.
00:26Dalam masa yang sama, Anwar turut mengambil maklum kesan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di Sabah susulan kejadian tersebut.
00:35Menurut beliau, kerajaan sedang memantau perkembangan situasi itu secara rapi manakala pasukan perkhidmatan kecemasan berada dalam keadaan bersiap-siaga sepenuhnya.
00:46Beliau memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan sedang memantau keadaan dengan teliti dan perkhidmatan kecemasan berada pada tahap
00:55kesiap-siagaan penuh.
00:57Anwar berkata Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan persahabatan yang rapat serta merupakan rakan dalam ASEAN.
01:02Beliau turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua mangsa yang terjejas serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat
01:10sukar itu.
01:11selamat menikmati.
Comments

Recommended