Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Amaran tsunami dikeluarkan di Filipina, Indonesia dan AS susulan gempa bumi kuat berhampiran Mindanao. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Transcript
00:00Amaran tsunami turut dikeluarkan di beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia dan oleh sistem amaran tsunami Amerika Syarikat.
00:07Susulan gepa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda perairan berhampiran pulau selatan Mindanao, Filipina pada Isnin.
00:14Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan pesisi pantai supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
00:23Setakat ini tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan besar dilaporkan akibat kejadian berkenaan.
00:30Stesen Radio DZBB yang berpenggalan di Bandar General Santos, kira-kira 15 km dari Pusat Gempa,
00:36melaporkan beberapa kejadian perabot jatuh, kerosakan televisyen serta peralatan elektrik lain ketika gegaran susulan dirasai menyebabkan penduduk keluar dari rumah
00:43untuk mendapatkan pelindungan.
00:45Pejabat Pengurusan Bencana General Santos memaklumkan gegaran susulan masih dirasai dan pihak berkuasa sedang menilai laporan kerosakan serta beberapa kecederaan
00:54yang dilaporkan.
00:54Di wilayah Sarangani yang terletak berhampiran Pusat Gempa, bekalan elektrik dan telekomunikasi dilaporkan terputus lain sesi persekolahan digantung sementara.
01:03Ketua Pengurusan Bencana Tempatan, Rin Punzalan berkata penilaian kerosakan sedang dijalankan dan setakat ini tiada laporan mengenai bangunan runtuh diterima.
01:11Pusat Penyelidikan Geosains Jerman, GFZ, memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10km namun semakan magnitud berbeza direkodkan oleh beberapa agensi
01:21geofizik.
01:22Agensi di Filipina melaporkan magnitud 7.0 manakala Indonesia merekodkan bacaan 7.7.
01:28Penduduk di Bandar Manado di utara Indonesia serta beberapa kawasan di selatan Filipina dilaporkan turut merasai gegaran kuat berkenaan.
01:35Ketua Pengurusan Bencana Tempatan
Comments

Recommended