00:00Baik kita beralih ke perkembangan konflik di asal barat di mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata
00:04beliau akan menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk meminta supaya Israel tidak melakukan serangan balas terhadap peluru berpandu Iran.
00:13Trump berkata beliau tidak mahu tindakan balas berlaku kerana ia boleh menjejaskan rundingan dama yang sedang hampir dimuktamakan antara Washington
00:20dan juga Teheran.
00:24Memetik laporan AFP, Trump turut menyifatkan serangan peluru berpandu Iran tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius dan berharap Israel tidak bertindak
00:31balas.
00:32Beliau memberi amaran bahawa tindakan balas hanya akan memanjangkan konflik yang telah berlarutan sejak sekian lama.
00:38Dalam masa sama, Trump berkata perjanjian dengan Iran kini sangat hampir dan beliau tidak mahu rundingan itu terganggu akibat ketegangan
00:44terkini.
00:45Beliau turut menggesa Iran kembali ke meja rundingan dan memutamatkan perjanjian damai.
00:49Trump bagaimanapun mengkritik serangan awal Israel ke atas Beirut dengan menyatakan beliau tidak gembira dengan tindakan tersebut.
Comments