00:00Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jidor menasihati penduduk di Tawau, Kunak, Sempurna dan Lahat Datu supaya bertenang dan
00:07mematuhi arahan pihak berkuasa.
00:10Ia susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku di Mindanao, Filipina pagi tadi.
00:18Beliau berkata jawatankuasa pengurusan bencana daerah JPBD di daerah Terbabit telah diaktifkan serta-merta bagi menangani dan bersiap-siap gemendepani
00:25situasi tersebut.
00:26Katanya dalam kenyataan ringkas adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
00:33Haji Jidor berkata, Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri kini sedang memantau perkembangan keadaan itu dengan rapi.
00:41Sementara itu, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sabah mengesahkan tiada sebarang kerosakan struktur atau peningkatan luar biasa paras air
00:48laut di pantai timur negeri itu setakat ini.
00:51Pusat Gerakan Operasi PGO JBPM Sabah maklumkan, pemantauan rapi di kawasan pesisir pantai, penempatan penduduk dan lokasi berisiko telah digerakkan
01:00serta-merta oleh anggota dari BBP Lahad Datu, Tawau, Kunak dan juga Sempurna.
Comments