Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumkan penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kalabakan sebagai langkah strategik memperkukuh kebajikan dan pembangunan komuniti nelayan luar bandar di Tawau. Didaftarkan pada 13 Mac lalu, PNK ini menjadi yang ke-92 di Malaysia dan ke-17 di Sabah, dengan matlamat menyediakan akses lebih sistematik kepada bantuan, program pembangunan dan peluang ekonomi. Penubuhan ini turut dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan sosioekonomi nelayan tempatan di kawasan seperti Tanjung Batu, Merotai dan FELDA Umas.
Transcript
00:00Lembaga Kemajuan IKAM Malaysia, LKIM, mengumumkan penubuhan bagi Persatuan Melayan Kawasan PNK Kalabakan yang merupakan langkah strategik bagi memastikan komuniti
00:10nelayan di kawasan luar bandar Tawang mendapat akses yang lebih sistematik.
00:15Kenyataan LKIM menyebut PNK Kalabakan telah didaftarkan pada 13 Mac lalu, menjadikannya PNK ke-92 di Malaysia dan ke-17
00:25di Sabah.
00:28Kenyataan LKIM menambah penubuhan PNK tersebut bermatlamat menyelaras keperluan komuniti nelayan di Kalabakan selain membantu mendapatkan akses yang lebih sistematik
00:39kepada program pembangunan, bantuan kebajikan dan peluang ekonomi.
00:43PNK tersebut merangkumi kawasan termasuk di wilayah Tanjung Batu, Merotai sehingga ke gugusan Felda Umas.
00:50Sementara itu, LKIM teruk mengenalpasti beberapa keperluan pembangunan lain termasuk bantuan peralatan nelayan dan kemudahan infrastruktur yang akan dipertimbangkan tertakluk
01:01kepada keutamaan serta peruntukan semasa.
01:04Selain itu, lembaga tersebut juga berharap dengan penubuhan PNK terbaru ini dapat menjadi pemangkin utama kepada pembangunan komuniti nelayan tempatan
01:12dalam memacu sosioekonomi mereka pada masa hadapan.
01:15Pada 24 Mei lalu, Esra Awani melaporkan mengenai gesaan kepada LKIM supaya mempercepat kelulusan PNK Kalabakan.
01:23Ini kerana terdapat dawaan cubaan pihak tertentu yang berniat mengambil alih kepimpinan PNK tersebut sekaligus mencetuskan keresahan pada nelayan tempatan
01:32ketika proses kelulusan penubuhannya hampir dimuktamadkan selepas hampir 3 tahun diusahakan.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended