Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita kononnya menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki yang dipercayai siak di sebuah bilik jenazah masjid, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Transcript
00:00Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita konon yang menjadi mangsa cabul dan rogul berulang kali oleh seorang lelaki
00:08yang dipercayai siap di sebuah bilik jenazah masjid seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
00:15Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkairi Mukhtar berkata laporan tersebut dibuat oleh wanita berusia lingkungan 50-an terhadap lelaki berusia 48
00:24tahun pada jam 9.12 pagi pada Khamis.
00:30Menurutnya, siasatan menyeluruh telah dijalankan sebelum pihak polis mendapati dakwaan berkenaan tidak berlaku.
00:37Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekaligus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut.
00:44Polis bagaimanapun telah menyerahkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam Melaka, JAIM, bagi membolehkan tindakan lanjut di bawah enakmen kesalahan
00:51syariah Negeri Melaka 1991.
00:53Sebelum ini, kes berkenaan tular di media sosial dengan dawaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa cabul dan rogol di lokasi
01:01yang dinyatakan.
01:02Turut tular, dawaan bahawa imam masjid berkenaan tidak membenarkan mangsa membuat laporan polis.
01:07Selain itu, terdapat juga dawaan yang mengatakan imam terbabit telah menukar siap baharu bagi menggantikan siap lama, dipercayai bagi melindungi
01:15individu berkenaan.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended