Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberikan penjelasan segera berhubung sekatan terhadap halaman Facebook The Coverage Media. Beliau menegaskan bahawa walaupun tidak mencampuri operasi penguatkuasaan MCMC, ketelusan tetap penting bagi mengekalkan keyakinan awam. Sekatan yang bermula 3 Jun itu merupakan yang pertama dalam tempoh lebih 10 tahun operasi portal tersebut. The Coverage Media turut menafikan dakwaan mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik dan menegaskan operasinya dijalankan secara bebas.
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC digesa memberikan penjelasan segera berhubung sekatan terhadap halaman Facebook The Coverage Media.
00:10Timbalan Menteri Komunikasi Tionghi Ching berkata walaupun beliau berpendirian enggan mencampuri urusan penguatkuasaan MCMC, keperluan untuk memberikan justifikasi terhadap tindakan
00:20sekatan tersebut adalah penting.
00:24Tambahnya penjelasan daripada Suruhanjaya itu tetap diperlukan bagi mastikan ketelusan dan dapat mengekalkan keyakinan awam.
00:32Pada 3 Jun lalu, portal The Coverage Media maklumkan bahawa halaman Facebooknya telah disekat di Malaysia.
00:39Sekatan itu merupakan tindakan pertama seumpamanya yang dikenakan terhadap portal berkenaan sepanjang lebih 10 tahun beroperasi.
00:46Portal Sensasi itu menjelaskan bahawa ia sebelum ini pernah menerbitkan pelbagai laporan kritikal terhadap kerajaan dan pemimpin politik berhentasi beberapa
00:54pentadbiran tanpa berdepan sekatan serupa.
00:57Selain itu, The Coverage Media juga menolak dawaan yang tular sebelum ini dalam talian yang mengaitkan portal itu dengan MCA.
01:05The Coverage Media menegaskan bahawa ia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti berkenaan dan beroperasi secara bebas.
01:11Tambahnya, beberapa dawaan juga timbul beberapa hari sebelum sekatan dikenakan termasuk tuduhan bahawa ia mempunyai kaitan dengan MCA dan cuba
01:19mempengaruhi sokongan kepada Barisan Nasional atau Perikatan Nasional melalui artikel yang mengkritik PKR dan juga DAP.
01:27Portal berkenaan menafikan sekerasnya ke semua dawaan tersebut dan menjifatkannya sebagai tidak benar.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended