Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan rundingan nuklear antara Washington dan Tehran menunjukkan perkembangan positif dan berkemungkinan mencapai perjanjian dalam masa terdekat, namun keputusan muktamad masih belum pasti.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjangkakan kemajuan dalam rundingan nuklear antara Washington dan Tehran dapat dicapai dalam masa beberapa hari
00:08lagi.
00:09Beliau berkata perbincangan yang sedang berlangsung ketika ini menunjukkan petanda positif dan satu perjanjian berkemungkinan dimeterai seawal hujung minggu ini.
00:19Trump memaklumkan pihaknya menjangkakan stok uranium yang diperkaya milik Iran akan diserahkan kepada Amerika Syarikat sekiranya perjanjian berjaya dicapai.
00:28Menurutnya bahan tersebut akan dimusnahkan bagi memastikan ia tidak digunakan untuk tujuan pembangunan senjata nuklear.
00:35Bagi Trump, penyelesaian secara diplomasi adalah pilihan terbaik berbanding konflik ketenteraan yang boleh mengancam keselamatan anggota Amerika Syarikat di rantau
00:45Asia Barat.
00:46Pada masa sama, Washington turut berusaha memastikan rundingan dengan Iran tidak terjejas oleh ketegangan serantau lain termasuk konflik melibatkan Israel
00:55dan Hezbollah.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended