00:00Bekas Timbalan Menteri Ketenaga Kerjaan Indonesia, Immanuel Ebenezer Gerungan atau dikenali sebagai Noel,
00:07dijatuhi hukuman penjara selama 4 tahun 6 bulan dalam kes rasuah berkaitan pengurusan pensijilan keselamatan dan kesihatan kerja atau K3.
00:17Menurut media tempatan kompas, hukuman itu dijatuhkan hakim di sebuah mahkamah di Jakarta pada Khamis.
00:25Susulan itu, Noel didenda sebanyak RM200 juta atau bersamaan RM44,000 yang mana jika tidak dibayar hartanya boleh disita dan
00:34dilelong untuk menjelaskan dendanya.
00:37Dalam proseding pembacaan tuntutan, pendakwa raya menyatakan Noel terbukti melakukan jenayah rasuah sebagaimana yang didakwa.
00:44Katanya, terdapat faktor yang memberatkan kerana tertuduh dianggap tidak menyokong usaha kerajaan dalam mengwujudkan pentadbiran yang bersih daripada rasuah, pakatan
00:54sulit dan nepotisma.
00:56Sementara itu, faktor yang meringankan ialah Noel mengakui perbuatannya dan telah memulangkan sebahagian wang hasil jenayah rasuah tersebut.
01:04Dalam kes ini, Noel dilaporkan menerima wang sebanyak RM4.435 bilion atau bersamaan RM987.9,000.
01:14Daripada jumlah itu, RM3 bilion atau bersamaan RM668.2,000 telah dipulangkan ke Suruhanjaya Pembantasan Rasuah Indonesia, KPK Indonesia.
01:25Ini menjadikan baki wang pengganti yang dibebankan kepada tertuduh sebanyak RM1.435 bilion atau bersamaan RM319.6,000.
01:36Pendakur raya turut menyatakan jika wang pengganti itu tidak dibayar, Noel boleh dikenakan hukuman tambahan berupa penjara selama dua tahun.
01:48Dalam perkembangan berasingan Suruhanjaya Pembantasan Rasuah Indonesia, KPK pada Khamis, menahan timbalan Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan Silmi Karim berhubung siasatan
01:59kes
02:00di Syakir Rasuah melibatkan pengeluaran permit tinggal kepada warga asing.
02:05Jurucakap KPK, Budi Prasetyo berkata, tujuh lagi suspek turut dinamakan dalam kes itu,
02:11termasuk pegawai semasa dan bekas pegawai Direktorat General Imigresen.
02:15Agensi anti-rasuah itu memaklumkan pihaknya telah merampas beberapa aset sebagai bahan bukti,
02:21termasuk kenderaan dan logam berharga selain meneruskan siasatan terhadap kes terbabit.
02:26Siasatan itu memperluas operasi yang dilancarkan awal minggu ini yang membawa kepada pengenalpastian suspek tambahan.
02:33Pihak berkuasa mengesyaki rasuah itu melibatkan pemprosesan permit tinggal terhad dan permit tinggal tetap
02:40untuk warga asing.
Comments