00:00Kerajaan Australia pada selasa mengenakan sekatan terhadap tiga individu dan empat entiti sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan pendatang haram
00:08Israel terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat.
00:11Lapor media antarabangsa, Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata keganasan pendatang haram terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat menjejaskan keselamatan
00:20Israel dan kedudukannya di mata dunia.
00:25Dalam satu kenyataan, Wong berkata individu dan entiti berkenaan akan dikenakan sekatan kewangan menjadikannya satu kesalahan bagi rakyat Australia untuk
00:34memberi mereka wang atau aset manakala individu terbabit akan dilarang memasuki Australia.
00:39Katanya buat kali pertama, entiti yang disenaraikan kini merangkumi pos pertanian yang menjadi pusat kegiatan keganasan pendatang.
00:47Tambahnya keganasan digunakan untuk mengusir rakyat Palestine dan mengekalkan perusahaan penempatan haram melalui pemusnahan harta benda, pemindahan keluarga, pukulan, serangan
00:58seksual dan penyiksaan yang mengakibatkan kecederaan serius serta kematian.
01:04Wong berkata Australia menyelaraskan sekatan itu dengan rakan termasuk New Zealand dan langkah berkenaan mencerminkan komitmen Australia terhadap keselamatan serta
01:13masa depan Israel dan Palestine.
01:15Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Mei menyertai pemimpin Britain, Itali, Perancis, Jerman, Canada, Norway, Belanda dan New Zealand dalam
01:26menggesa penempatan kegiatan pendapatan Israel yang semakin meningkat di tebing barat.
Comments