00:00Parti komponen dalam barisan Nasional BN wajar mempertimbangkan calon muda dan muka baharu pada pilihan rakyat negeri PRN Johor, khususnya
00:09di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi muda yang tinggi.
00:13Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Uthman Said berkata, langkah itu bukan sahaja memberi impak positif kepada BN, malah membuka
00:21ruang generasi baharu diketengahkan sebagai pelapis kepimpinan parti melalui platform Dewan Undangan Negeri DUN.
00:30Mengambil contoh kawasan beliau di Parlimen Pengerang, 40% pengundi adalah pengundi muda dan berharap pandangan itu diberi penekanan.
00:39Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu bagaimanapun berkata, keputusan muktamat mengenai pemilihan calon adalah di
00:47bawah penilaian penuh, Biro Politik dan BN Negeri.
00:50Beliau turut berharap agar proses pilihan raya berlangsung dengan semangat demokrasi tanpa sebarang kekasaran atau sebarang masalah yang tidak diingini.
00:58Mengulas pembubaran DUN Johor, Azalina berkata Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato'an Hafiz Ghazi mempunyai hak untuk
01:07membubarkan DUN atas perkenan Istana Johor.
01:11Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sokongan positif rakyat Johor yang berterusan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah BN.
Comments