00:00Laluan Ampang akan beroperasi dalam mod operasi sementara bermula Rabu selepas bahagian besar kerja baik pulih, susulan insiden di stesen
00:08Chan Saolin minggu lepas diselesaikan.
00:11Rapid KL dalam kenyataannya memaklumkan perjalanan antara Putra Heights dan Sentul Timur akan kembali beroperasi seperti biasa tanpa perlu sebarang
00:20pertukaran tren.
00:22Penumpang dalam perjalanan antara Ampang ke Sentul Timur serta sebaliknya hanya perlu membuat satu pertukaran tren di stesen Chan Saolin
00:30yang dijangka menambah kira-kira 5 minit kepada tempoh perjalanan keseluruhan pada waktu puncak.
00:36Bagi menyokong operasi sementara itu, sebanyak 10 bas perantara ulang-alik percuma disediakan untuk penumpang di laluan stesen Chan Saolin,
00:45stesen Masjid Jamek, stesen Bandaraya dan stesen Chan Saolin, stesen Maluri, stesen Pandan Jaya, stesen Ampang.
00:53Kekerapan perkhidmatan itu antara 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.
00:59Repi KL memaklumkan pasukan kejuruteraan dan teknikal telah melaksanakan pelbagai kerja pembaikan, penggantian komponen terjejas serta pemulihan sistem berkaitan termasuk
01:10pemeriksaan menyeluruh terhadap aset tren dan infrastruktur bagi memastikan keselamatan, keboleh percayaan dan prestasi operasi pada tahap optimum.
01:18Kerja baik pulih itu turut melibatkan proses mengalih dan mengangkat semula tren yang terlibat ke atas landasan sebelum semua gerabat
01:26dibawa ke depo untuk pemeriksaan serta penilaian menyeluruh.
01:30Repi KL memaklumkan pemeriksaan tambahan, pengesahan teknikal, pelarasan sistem serta pemantauan khusus masih diteruskan bagi memastikan semua aspek operasi dan
01:40infrastruktur memenuhi piawaian keselamatan.
Comments