Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
WMO berkata perairan laut yang lebih panas sedang mendorong perkembangan El Nino dan meramalkan suhu melebihi purata di kebanyakan kawasan dunia dari Jun hingga Ogos.
Transcript
00:00Agensi Cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Selasa meramalkan fenomena El Nino sederhana atau berkemungkinan kuat yang boleh meningkatkan
00:09suhu global serta menambah risiko cuaca ekstrim dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
00:15World Meteorological Organization, WMO, menerusi setiusaha agungnya, Celeste Saulo berkata, perairan laut yang lebih panas sedang mendorong perkembangan El Nino
00:26dan meramalkan suhu melebihi purata di kebanyakan kawasan dunia dari Jun hingga Ogos.
00:34Agensi itu turut menjangkakan fenomena berkenaan berkemungkinan berterusan sehingga November.
00:39Corak cuaca itu diketahui boleh mengganggu iklim serantau termasuk menyebabkan suhu lebih panas di seluruh dunia serta meningkatkan taburan hujan
00:48di Selatan Amerika Selatan, Selatan Amerika Syarikat, beberapa bahagian Afrika dan Asia Tengah.
00:55Fenomena itu juga boleh menyebabkan kemarau di Australia, Amerika Tengah, Indonesia dan beberapa kawasan di Asia Selatan selain menyumbang kepada
01:03pembentukan taufan di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik.
01:06El Nino yang paling terkini yang berlaku antara 2023 hingga 2024 dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada tahun
01:152024 menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.
Comments

Recommended